Header Background Image

NYLSAY ENTERPRISE

NYLSAY ENTERPRISE  »  NYLSAY ENTERPRISE
kredit kepada Jess Yamin

Nylsay Enterprise merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumitera. Ditubuhkan pada 2006 seiring dengan keperluan kepada ketika itu untuk menjalankan perniagaan yang berkaitan.

Nylsay Enterprise didaftarkan pada 08-05-2006 di SSM, Shah Alam dengan nombor pendaftaran SA0027547-W. Syarikat ini menjalankan perniagaan di premis 39 JALAN OPERA K U2/K, TAMAN TTDI JAYA, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR.

Pada perancangan asal, adalah untuk membuka sebuah klinik veterinar yang menyediakan perkhidmatan asas dan rawatan veterinar. Dan pada ketika itu, pendaftaran perniagaan tidak diperlukan untuk membuka sebuah klinik veterinar.

Namun pada ketika itu industri penjagaan haiwan kesayangan masih kurang mendapat perhatian. Jadi bagi memenuhi keperluan pengguna pada ketika itu, yang mahukan “one stop centre” di mana mereka boleh menghantar haiwan mereka untuk mendapatkan rawatan dan membeli barangan keperluan haiwan kesayangan mereka di satu premis yang sama maka Nylsay Enterprise ditubuhkan bagi membolehkan kami menjual barang keperluan haiwan kesayangan kepada pelanggan, seiring dengan peraturan yang ditetapkan pada ketika itu.

Sejak 2006 sehingga 2015, Nylsay Enterprise, di bawah nama perniagaan Lynn Pets Corner menjalankan perniagaan kedai haiwan kesanyangan atau lebih dikenali sebagai “Petshop”. Selain menjual barang keperluan, makanan, kelengakapan dan peralatan penjagaan haiwan kesayangan terutama kucing kami juga menyediakan perkhidmatan memandikan kucing “grooming” dan hostel kucing “boarding”.

Namun sejak perkhidmatan GST dikenalkan pada 2015, disebabkan Klinik Haiwan Lynn (Lynn Veteinary Clinic) berdiri sendiri tanpa syarikat (bersesuaian dengan undang-undang pada ketika ia ditubuhkan) maka kedua nama perniagaan ini di satukan di bawah syarikat NYLSAY ENTERPRISE. Tindakan ini dilakukan atas nasihat akauntan kami pada ketika itu.

Kini kedua perniagaan ini Lynn Veterinary Clinic (Klinik Haiwan Lynn) dan Lynn Pets Corner berada dibawah syarikat NYLSAY ENTERPRISE.

Walaubagaimanpun Lynn Pets Corner kini tidak lagi beroperasi seperti sebelumnya, ini kerana industri haiwan kesayangan kini tumbuh pesat apatah lagi dengan peredaran semasa di mana kehadiran perniagaan atas talian yang menawarkan barangan yang jauh lebih murah dari pembekal. Oleh yang demikian kami mengambil keputusan untuk tidak memberi fokus kepada Lynn Pets Corner seperti sebelumnya.

Seiring dengan keadaan semasa, dan bagi memastikan perniagaan petshop masih berterusan, kini pelanggan boleh membeli barang petshop kami di atas talian dibawah nama “Kedai Kucing Anda“.

Nylsay Enterprise Pada asalnya impian pemilik adalah untuk membuka sebuah klinik haiwan yang menyediakan perkhidmatan asas dan rawatan veterinar, tetapi di atas permintaan pelanggan yang menginginkan “one stop centre” di mana mereka boleh menghantar haiwan mereka untuk membuat rawatan dan membeli barangan keperluan haiwan kesayangan mereka di satu premis yang sama, maka NYLSAY ENETERPRISE di tubuhkan.

NYLSAY ENETERPRISE

NYE adalah singkatan dari NylsaY Enterprise

Logo ini diilhamkan oleh pemilik syarikat sendiri, dan logo ini didesignkan oleh Sudara Jess Yamin, White Melur Studion.

LYNN VETERINARY CLINIC

LYNN PETS CORNER

KEDAI KUCING ANDA